Abah, Aiman Hayati, Ahmad Muhsin, Aimi Atiqah & Ahmad Mustaqim

Ahmad Mustaqim, Ummi, Aimi Atiqah, Ahmad Muhsin & Aiman Hayati

Saturday, February 26, 2011

HANTU NAIK MOTOR

Tahun 1980'an. Menjadi seorang Staf Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan) yang ditugaskan di Gua Musang bukan satu perkara yang menyenangkan.

Bayangkan ketika itu Kerajaan mengamanahkan kepada Kesedar untuk membangunkan Selatan Kelantan termasuk di Parlimen Gua Musang dengan meransang semua kegiatan ekonominya di kala Gua Musang ketika itu hanya dipenuhi dengan hutan belantara yang tebal dan menyeramkan.

Semasa pembukaan tanah di kawasan Paloh untuk membina penempatan "ala" Felda serta membuka ladang getah dan kelapa sawit, terlalu banyak dugaan yang ditempuhi oleh pegawai Kesedar. Selain dari ancaman binatang liar, wujud ancaman mistik yang sangat menakutkan.

Satu kisah diceritakan yang berlaku sekitar tahun 1990'an. Pernah ada seorang pegawai Kesedar menunggang vespa seorang diri semasa memasuki galas berhampiran sempadan Pahang-Kelantan. Difahamkan ketika itu dia mahu pulang ke Kuala Krai.

Jam ketika itu menunjukkan pukul 9.00 malam. Ketika melayan perjalanan malam yang sejuk dan menyeramkan itu, secara tiba-tiba enjin motornya mati. Dia pun turunlah dari motornya untuk melihat apa yang berlaku menyebabkan motornya rosak.

Selepas diperiksa, motor itu elok dan tiada sebab untuk rosak. Dia cuba menghidupkan enjin. Cubaan berjaya selepas beberapa kali menendang starter.
Dia pun menunggang semula motornya. Kali ini dia terasa motornya berat. Perasaannya mengatakan ada sesuatu menumpang di belakang dan spontan tanggannya mengagau di belakangnya. Terkejut tidak terperi si pegawai Kesedar ini apabila dia merasa ada peha orang dibelakangnya.

Dia lalu memberhentikan motornya dan melompat turun. Alangkah terkejutnya dia apabila yang menumpang itu adalah hantu manusia separuh badan iaitu dari pingang ke kaki. Badan dan kepalanya tiada.
Walaupun takut, kematangnya berhadapan dengan kes mistik ini menyebabkan dia terpaksa memberanikan diri.
Dia menyuruh lembaga itu turun. Lembaga itu senyap sahaja tidak berganjak. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke bandar Gua Musang sambil lembaga itu tidak berganjak. Kebetulan semasa itu ada pesta ala-ala funfair berhampiran stesen keretapi Gua Musang.

Dia memberhentikan motornya dan bergegas ke kedai makan berhampiran. Dia lihat dari jauh lembaga itu masih melekat di motornya. Keresahannya terubat apabila dia nampak lembaga itu turun dan menuju ke kawasan fun fair. Dia sendiri tidak faham, adakah orang lain nampak atau tidak apa yang dia nampak.

Selepas melihat lembaga itu semakin hilang, dia terus mencapai motornya semula dan bergegas bertolak ke Kuala Krai. Dia terpaksa buat begitu apabila melihat lembaga itu beriya-iya seperti mahu mengikutnya.Keesokkan harinya, dia terdengar seluruh funfair kecoh apabila diganggu oleh orang separuh.

Inilah antara cabaran yang dilalui oleh pegawai Kesedar. Bukan mudah untuk membangunkan kawasan yang dipenuhi dengan bukit bukau serta tumpuan ekonominya kepada hasil pertanian dan komoditi.

RUMAH MENURUT ISLAM

Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari budaya Cina. Padahal, tidak semuanya selaras dengan ajaran Islam. Jika tidak berhati hati dan keliru, boleh jatuh syirik karena mempercayai sesuatu selain Allah.

Apa yang saya ingin terangkan di sini Islam ada panduan atau langkah langkah tersendiri tentang cara memilih tempat tinggal dan membina rumah.Sebagai seorang Muslim kita harus ikut cara Islam dan bukan meniru cara orang kafir buat.

Namun apa yang akan saya bentangkan ini bukan perkara wajib syarii yang perlu di tunaikan.Tanya lah Iman dan buat lah setakad mana yang mampu.

Perkara perkara berikut perlu di rancang sebelum memilih tempat tinggal dan mula membina rumah selain perancangan reka bentuk fisikal nya.Di antaranya ialah:

1. Jiran Tetangga yang Baik

Pilihlah tempat tinggal yang jiran tetangga nya baik baik.
Sebab jika jiran tetangga kita tidak baik, maka hidup kita akan rasa terganggu dan kurang senang. Bayangkan jika jiran tetangga kita adalah,kaki gaduh, atau kaki gossip,jenis yang sombong dan ego yang tidak mahu campur orang.Atau yang jenis penting diri sendiri,suka buat hal sendiri.Bila ada kematian baru nak cari orang.

Maka pilihlah jiran tetangga sebelum memilih rumah.Buat lah survey, tanya masyarakat di situ tentang bakal jiran anda itu.Yang di maksudkan jiran ialah lingkungan 40 buah rumah di sekeliling rumah anda.
(Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir) Tiap empat puluh rumah adalah tetangga-tetangga, yang di depan, di belakang, di sebelah kanan dan di sebelah kiri (rumahnya).


2. Hendaknya rumah cukup luas (tidak terlampau luas tetapi juga tidak terlampau sempit).

Di antara kebahagiaan seorang muslim ialah mempunyai jiran tetangga yang soleh, rumah yang luas dan kenderaan yang sempurna. (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Hakim)

Sekiranya semua orang bina rumah rumah banglo yang terlampau besar,ini akan menghasilkan masyarakat yang hidup sendiri sendiri, di mana jiran tetangga akan jadi tidak kenal di antara satu sama lain kerana para penghuni banglo tersebut hanya asyik berseronok di dalam "Istana" mereka masing masing.

Sebaliknya rumah yang terlalu kecil dan sempit pun tak baik, kerana akan cenderung membuat penghuninya tidak selesa di rumah sehingga akhirnya banyak menghabiskan waktunya bergosip di luar
Rumah yang paling baik dalam Islam adalah rumah yang sederhana besarnya.


3. Jangan membina Rumah Megah

Dalam membina rumah, janganlah terlalu mewah sehingga jadi bermegah-megahan. Ini tidak disukai Allah dan merupakan satu sifat dari orang-orang yang buruk di akhir zaman.Rumah yang di bina dengan bermegah akan menjemput mala petaka.Terutama dari orang orang yang hasad dengki, pencuri dan perompak.

"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu" [Al Quran At Takaatsur:1]

Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab: "Apabila mereka saling bermegah-megahan dengan bangunan nya" [HR Muslim]

Belum akan datang Kiamat sehingga manusia berlumba-lumba dengan bangunan-bangunan yang megah. (HR. Bukhari)

Jangan membina rumah yang terlampau tinggi sehingga akhirnya mengganggu jiran tetangga hingga tidak mendapat sinar matahari atau angin.

Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab:
"Seorang hamba wanita melahirkan tuannya. Orang-orang yang berkaki ayam, setengah telanjang, melarat dan penggembala unta masing-masing berlumba membangun bangunan bertingkat." [Hadis Riwayat Muslim]

4. Buatlah Rumah yang Baik

Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat untung." [Al Maa-idah:100]

Rumah yang baik adalah rumah yang sehat. Yaitu tingkapnya cukup agar sinar matahari dapat masuk dan rumah tidak menjadi lembab.Selain itu ia dapat mempertingkatkan pengedaran udara bersih.Jarak antara lantai dan atap sebaiknya agak tinggi kerana ini akan mengurangkan suhu panas.

5. Rumah juga perlu teguh dan kuat.

Misalnya dengan menggunakan dinding batu dan simen, rumah jadi lebih selamat. Jika menggunakan kayu, pilih kayu yang kuat serta beri rawatan anti serangga saperti anai anai sehingga tidak mudah reput. Elak kan sedaya upaya dari membina rumah dari bahan bahan yang mudah terbakar.

Sebaiknya rumah Muslim mempunyai sekurang kurangnya 3 bilik .Satu untuk suami-isteri, satu untuk anak laki-laki, dan satu lagi untuk anak perempuan.Jika ada kemampuan tambah satu lagi bilik buat tetamu.

6. Buatlah Rumah yang cantik, Allah senang kepada kecantikan.

Manusia pun banyak yang suka akan kecantikan. Oleh kerana itu buatlah rumah yang cantik dan indah.
Tapi ingat, mempamerkan kecantikan dan keindahan tidak sama dengan mempamerkan kemewahan atau kemegahan.

"Sesungguhnya Allah itu indah dan senang kepada keindahan. Bila seseorang keluar untuk menemui kawan-kawannya hendaklah menghiaskan dirinya. (Hadis Riwayat. Al-Baihaqi)

7. Tandas Jangan Mengarah atau Membelakangkan Kiblat (Ini penting)

Dari Abu Ayyub Al-Anshari ra.: "Bahwa Nabi saw. bersabda: Apabila engkau ke tandas, janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya ketika buang air kecil atau buang air besar, tetapi menghadaplah ke timur atau ke barat." (Shahih Muslim No. 388)

Usahakan seboleh boleh nya agar rumah anda mengarah ke Kiblat. Jika tidak, sebaiknya tempat solat anda tidak mengarah ke tandas.

Usahakan di rumah ada paip air dan paip hujan, supaya anda boleh mandi wajib dan wudhu dengan lebih sempurna dengan air yang mengalir.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah seseorang di antara kamu mandi dalam bekas air yang tidak mengalir ketika dalam keadaan junub." (Hadis Riwayat Muslim).

Sebaiknya tempat wudlu dipisah dari tandas supaya kita boleh membaca doa sebelum atau sesudah wudlu.(Di larang membaca doa di dalam tandas).Kalau baca doa keluar/masuk tandas sekali pun kena baca di luar tandas.

Seboleh boleh nya jangan buat tandas dalam bilik tidur.Tandas atau jamban ada lah sarang tempat tinggal syaitan.Kalau ada tandas dalam bilik tidur bererti kita sentiasa berada bersama syaitan ketika tidur.

Ada yang mengatakan tandas zaman ini adalah bersih tidak saperti tandas zaman dahulu.Ia sentiasa di besihkan bahkan di bubuh wangi wangian pula.Maka syaitan tidak akan berada di dalam tandas yang bersih.

Bagi saya bersih di sini adalah bersih pada pandangan fisikal.Ambil contoh.Air minuman saperti kopi, sirap dan lain lain itu bersih, tetapi mengapa tidak suci untuk di buat berwuduk? Begitu juga dengan tandas atau jamban.Walaupun nampak bersih pada pandangan mata, ia tetap tempat yang tidak suci.Walaupun di wangikan dengan wangian seribu bunga.Maka jangan sekali kali kita tertipu dengan bisikan syaitan yang mengatakan tandas di dalam bilik kita itu suci!

Ramai yang kena gangguan syaitan saperti hysteria, boring dan rungsing apabila balik ke rumah,bergaduh suami isteri, bergaduh anak beranak,sakit yang tidak tahu punca nya, rumah tangga dan famili yang kucar kacir.Yang sebenarnya, di antara sebabnya berpunca dan datang dari syaitan yang mengganggu yang kita sendiri pelihara di tandas bilik tidur .

Sebaik baik (tetapi susah orang zaman sekarang nak ikut) buat tandas di luar rumah.

8. Rumah Harus Bersih

Rumah yang kotor tidak sihat. Ini akan mengundang berbagai penyakit. Oleh kerana itu, rumah harus bersih dan mudah dibersihkan.

"Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang kepada kedermawanan. Kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang-orang Yahudi." (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Penjelasan: Orang-orang Yahudi suka mengumpul sampah di halaman rumah.

9. Jangan letak Patung sebagai hiasan di dalam Rumah

Rumah yang ada hiasan patung serupa macam kuil.Malaikat rahmat tidak akan masuk kerumah yang ada patung.Sebaliknya jadi sarang syaitan tempat berteduh.

Ibnu Abbas pernah solat tempat ibadah agama lain kecuali tempat ibadat mereka yang ada patung di dalamnya. [HRBukhari]

10. Jangan Memelihara Anjing

Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata : "Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa memiliki anjing selain anjing penjaga ternak dan anjing pemburu maka setiap hari pahala amalnya berkurang dua qirath." (Shahih Muslim No.2940)

11. Peliharalah Anak Yatim

Jika anda berkemampuan, asuhlah anak yatim dan didiklah dengan baik.

"Sebaik-baik rumah kaum Muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diasuh dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum Muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk. (HR. Ibnu Majah)

12. Tanamlah Pokok agar Teduh dan Sejuk

Tanamlah pokok dan pokok hiasan di rumah anda sehingga rumah anda teduh dan mendapat udara segar dari oksigen yang dikeluarkan pohon tersebut.

Kenyamanan naungan pohon ini digambarkan Allah sebagai berikut: "Dan naungan (pohon-pohon Syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya." [Al Insaan:14]

Jika rumah anda luas mungkin anda boleh menanam pokok besar yang kuat. Jika sedang, anda boleh menanam pohon ukuran sedang seperti rambutan atau mangga.

Hindar menanam pokok besar yang rapuh dan berbahaya seperti pokok sena.

13. Apabila rumah siap di bina

Di anjurkan setelah rumah siap di bina panggil Ketua kampung,Imam, jemaah Masjid atau surau dan jiran tetangga untuk sama sama berdoa kehadrat Allah agar rumah yang telah siap di bina itu akan dapat keridhaan Allah, dan perlindungan darinya dari segala kejahatan makhluk saperti jin dan syaitan dan juga minta perlindungan dari pada kejahatan manusia

Di kesempatan ini kita berpeluang juga berkenal kenal, bermesra dan mula menjalin ukhwah bersama jiran jiran baru kita.

Semoga bermanfaat ... Wallahu 'alam

MEDIUA YANG WAHABI

Pandangan yang berdasarkan kajian dan pengamatan telus berkaitan Al-Madinah International University (MEDIU ) mengrekrut pelampau Wahabi adalah suatu yang berasas. Antaranya 3 sebab di bawah;

1- "MEDIU" HUKUM SESAT MUSLIM LAIN.

MEDIU berdasarkan silibusnya jelas menghukum dan menyatakan bahawa fahaman umat Islam di Malaysia iaitu yang secara rasmi/majoritinya berfahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah ini dihukum sebagai SESAT. (Perkara tersebut boleh didapati dalam silibus Akidah yang diajar oleh MEDIU).

Ya walaupun perkataan atau nama "muslim Malaysia" itu tidak dijelaskan oleh mereka tetapi umat Islam di Malaysia bahkan kebanyakan umat Islam berfahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Sehinggakan Dr. Syeikh Yusuf Qardawi turut menjelaskan kebanyakan/bahkan seluruh umat Islam di dunia ini berfahaman Al-Asya'irah. Dijelaskan olehnya bahawa umat Islam di Malaysia HENDAKLAH terus berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah AL-ASYA'IRAH dan jangan terpedaya dengan fahaman selainnya. (Perkara tersebut boleh dirujuk dalam laman rasminya dan rakaman-rakaman ceramahnya).

Nah! Apabila jelas umat Islam di Malaysia itu adalah berfahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah malangnya didapati MEDIU pula menghukum ASWJ Al-Asya'irah sebagai SESAT dibumi Al-Asya'irah sendiri. Anda masuk rumah orang anda hukum orang muslim itu pula SESAT? bukankah ini suatu sifat melampau yang JELAS?!


2- "MEDIU" MARAKKAN ISU BID'AH MEMBID'AH

Isu khilafiah akan terus dibangkitkan dengan gaya menghukum amalan umat Islam di Malaysia seperti sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh seluruh umat Islam dan Yang Dipertuan Agong dan amalan-amalan lain yang mempunyai dalil benar yang diamalkan di Malaysia kan terus dihukum sebagai bid'ah yang sesat masuk neraka dan ia akan menyebabkan umat Islam terus berpecah dan berkelahi. Berdasarkan juga dari silibus mereka isu bid'ah membid'ah ini bak akan menjadi rutin harian pabila pelajar kita direkrut kelak. Sampai bila umat Islam akan terus begini dek permainan pada startegik lapok membawa pada pergaduhan dan serangan pemikiran yang diambang fitnah sedang dibangkitkan.


3- TABADUL THAQAFY YANG TIDAK ADIL

Jika atas dasar perkongsian ilmu maka dibuka sebuah universiti mereka di negara kita Malaysia dan didalamnya penuh dengan fahaman/pemikiran mereka (ala wahabi), waktu yang sama tidak pula diizinkan untuk universiti yang mendokong fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah AL-ASYA'IRAH dibuka di tempat/negara sumber asal mereka. Kita tidak bercakap pada fakulti dunia tapi pada fakulti ilmu-ilmu Islam.

Apabila tidak diizinkan universiti berfahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah AL-ASYA'IRAH dibuka ditempat mereka maka ini membukti ketidak adilan dalam "tabadul thaqafi" yang dilaungkan. Jika anda di negara anda tidak membenarkan kami menyebarkan Ahli Sunnah kami (Al-Asya'irah) secara RASMI! maka mengapa anda bertandang dibumi kami Al-Asya'irah ini sametimes you all menghukum kami sebagai SESAT!.

-THD

Thursday, July 15, 2010

KAMELIA - ABIET G. ADE



GUGUSAN
HARI-HARI INDAH
BERSAMAMU
KAMELIA

BANGKITKAN KEMBALI
RINDUKU
MENGAJAK KU
KE SANA

INGIN KU BERLARI
MENGEJAR
SERIBU BAYANGMU
KAMELIA

TAK PEDULI
KAN KUTERJANG
BIARPUN
HARUS KUTEMBUS
PADANG ILALANG

TIBA-TIBA
LANGKAHKU TERHENTI
SEJUTA TANGAN
TELAH MENAHANKU

INGINKU MAKI
MEREKA BERKATA

TAK PERLU KAU BERLARI
MENGEJAR MIMPI YANG TAK PASTI

HARI INI
JUGA MIMPI

MAKA BIARKAN
IA DATANG
DI HATIMU..

DI HATIMU...

Monday, July 12, 2010

IBNU TAIMIYAH

Ilmuwan Islam: Ibnu Taimiyah Bakar Pejuang Semangat Usir Tentera Moghul


IBNU Taimiyah adalah nama besar dalam dunia pemikiran Islam dan sifat kepahlawanan yang ada dalam dirinya membuatkan beliau dikenali sebagai pejuang kemerdekaan yang menegakkan kebenaran demi agama.

Ibnu Taimiyah lahir di Harra dan ketika berusia enam tahun, beliau bersama kedua ibu bapanya berpindah ke Damaskus.

Beliau memiliki kecerdasan luar biasa, otak tajam dan kuat ingatan. Pada usia muda, beliau menguasai pelbagai ilmu termasuk agama, fiqh, teologi, ilmu logika dan falsafah.

Ibnu Taimiyah banyak belajar daripada bapanya, ilmuwan dalam ilmu fiqh mazhab Hambali selain belajar serta memanfaatkan ilmu yang diperoleh daripada beberapa ilmuwan terkemuka lain.

Apabila bapanya meninggal dunia pada 1282, Ibnu Taimiyah menggantikan tempat bapanya sebagai tokoh hukum mazhab Hambali dan memikul tugas itu selama 17 tahun.

Bagaimanapun, cara pemikirannya yang agak bebas menimbulkan perselisihan dengan penganut mazhab Syafie menyebabkan beliau akhirnya beralih arah menjadi pejuang menentang melawan suku Moghul.

Beliau berkhutbah menyemarakkan semangat rakyat ketika itu untuk menentang Moghul sehingga mereka terusir.

Bermula selepas kejayaan itu, Ibnu Taimiyah terus menegakkan Islam tetapi ketegasan dan pemikiran terbuka beliau tidak disenangi pemerintah sehingga akhirnya beliau banyak menghabiskan masa dipenjara.

Kehebatan Ibnu Taimiyah ialah pada ketegasan pendirian dan kebebasan berfikir yang kadang kala menimbulkan masalah terutama di kalangan mereka yang masih berfikiran konservatif.

Beliau adalah mujtahid besar pernah dilahirkan Islam kerana menolak taklid buta dan sebagai penganut mazhab Hambali, sandaran hukum beliau ialah al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Jasanya yang besar terhadap Islam melalui peringatan yang disampaikan kepada rakyat supaya mereka menyesuaikan diri dengan kesederhanaan dan kemurnian Islam berlandaskan al-Quran dan sunnah.

Ibnu Taimiyah meninggalkan karya penulisan yang banyak kerana menurutnya tidak berdosa seseorang itu mengeluarkan pendapat yang berbeza dengan pendapat ulama.

Beliau memerangi orang yang mengamalkan bid'ah dan syirik selain memikul sendiri tanggungjawab mengingatkan masyarakat supaya sentiasa menjaga adab sopan serta perilaku.

Katanya, umat Islam adalah umat yang utama bagi mewujudkan apa yang Allah kehendaki di muka bumi ini. Semua umat Islam perlu bersatu untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan.

Bagi memastikan tujuan itu tercapai, haruslah didirikan sebuah negara atau kerajaan Islam yang menegakkan keadilan dan memastikan manusia melaksanakan kewajipan agama mereka.

ABDUL RAHMAN BIN AUF

Kisah Sahabat: Abdul Rahman Auf Orang Kaya Berpendirian Mulia

SAHABAT Nabi Muhammad SAW, Abdul Rahman Auf adalah contoh orang kaya yang semakin tawaduk kepada Allah dan merendah diri apabila dikurniakan kekayaan. Beliau adalah orang kaya bersifat mulia.


Abdul Rahman yang terkenal sebagai pedagang kaya tidak mudah terbawa-bawa dengan kekayaannya, sebaliknya sentiasa teguh berpegang kepada Islam. Inilah antara keistimewaan yang menyebabkan Abdul Rahman mampu menerima amanah Rasulullah SAW dalam usaha menegakkan Islam.

Suatu hari selepas melihat pelbagai penderitaan yang dialami oleh sahabatnya, Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: "Lebih baik kamu meninggalkan Makkah menuju ke negeri Abisinia kerana di sana ada sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya. Itulah suatu tempat yang cukup baik untuk melakukan hijrah sampai saat Tuhan membukakan jalan bagi kamu sekalian."

Apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW itu meninggalkan kesan mendalam kepada sahabatnya. Tidak lama kemudian, rombongan pertama seramai 10 lelaki dan empat wanita melakukan hijrah. Selepas itu, rombongan kedua kaum Quraisy daripada 83 lelaki, 17 wanita dan kanak-kanak pula, menyusuli mereka.

Mereka yang turut berhijrah ialah Usman bin Affan yang kemudian muncul sebagai seorang daripada khalifah Islam. Usman berhijrah bersama isterinya, Rukiah, iaitu puteri Rasulullah SAW.

Turut berhijrah ialah Abdul Rahman. Penyertaan Abdul Rahman dalam kumpulan yang berhijrah itu membawa makna besar kepada rombongan itu. Perkara sedemikian kerana dia adalah orang berada. Disebabkan kedudukannya itu, dia kelak dapat membantu kumpulan umat Islam dalam apa juga masalah.

Abdul Rahman adalah pedagang berjaya dan dipandang tinggi oleh kaumnya. Ia tidak syak lagi memberikan kekuatan dan keyakinan kepada mereka untuk mengharungi perjuangan menegakkan Islam dengan lebih baik.

Pengorbanan Abdul Rahman memang besar dalam menegak dan meninggikan syariat Islam. Orang kaya sepertinya sanggup mengharungi penderitaan semata-mata mahu menegakkan agamanya.

Sifat yang ada pada Abdul Rahman amat bernilai kepada perjuangan Islam pada zamannya. Dengan kekayaan yang ada, Abdul Rahman memilih untuk mengharung kesusahan dan penderitaan demi menegakkan syiar Islam di bumi.

Tanpa rasa malu dan takut, dia bergerak bersama umat Islam lain dalam rombongan hijrah seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW itu. Sesungguhnya perpindahan Abdul Rahman dalam misi hijrah anjuran Rasulullah SAW itu adalah pengorbanan paling besar dalam rangka menegakkan Islam pada masa depan.

Selain dikenali sebagai orang kaya, Abdul Rahman adalah seorang perunding bijaksana. Perkara ini dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas Saidina Umar al-Khattab meninggal dunia. Sahabat Rasulullah SAW berkumpul di rumah seorang sahabat bernama Miswar bin Makhram.

Seperti biasa, dalam majlis perbincangan, timbul pelbagai pendapat yang berbeza. Hal ini juga berlaku dalam perjumpaan di rumah Miswar. Sedikit sebanyak dalam perjumpaan itu, timbul hasrat beberapa sahabat yang ingin menjadi pemimpin. Dalam pada itu, ada juga yang berfikiran rasional serta tidak mementingkan diri seperti Talhah.

Beliau berpendapat adalah lebih baik baginya tidak menjadi pemimpin sekiranya ia hanya berkemungkinan menindas sesama sendiri.

Talhah bimbang jika beliau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan orang lain jika dilantik sebagai pemimpin. Biarlah mereka yang layak mengurus dengan adil dilantik sebagai pemimpin.

Sewaktu pelbagai pendapat yang boleh mencetuskan konflik timbul di kalangan sahabat itu, ternyata Abdul Rahman mempunyai pendirian mulia. Beliau seboleh-bolehnya tidak mahu konflik yang tidak mendatangkan faedah dan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan krisis.

Oleh itu, Abdul Rahman memikirkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah dihadapi sahabat yang bermesyuarat itu.

Akhirnya, beliau mengemukakan formula dan diterima dengan baik oleh semua pihak.

Menurut kaedah Abdul Rahman, sesiapa yang tidak bersedia menjadi khalifah, eloklah menarik diri daripada dicalonkan menduduki jawatan itu. Sebaliknya, mereka boleh menyerahkan jawatan itu kepada orang terbaik di kalangan mereka.

Sebagai membuktikan keikhlasannya, Abdul Rahman sendiri membuat pengakuan pada majlis itu dengan menarik diri daripada dicalonkan ke jawatan khalifah.

Pengakuan terbuka Abdul Rahman itu sesungguhnya menjadi kaedah kepemimpinan melalui teladan yang sangat murni sifatnya.

Kita sedia maklum biasanya seseorang yang sudah ada kekayaan tentulah ingin pula mencapai kedudukan yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, tidak demikian halnya dengan Abdul Rahman. Sungguhpun dengan segala kekayaan yang ada padanya, sudah cukup untuk mempengaruhi masyarakat sekeliling untuk melantiknya menjadi khalifah tetapi dia tidak mahu berbuat demikian semata-mata kerana tuntutan nafsu.

KISAH SERAM DI PENJARA PUDU

Sebelum Penjara Pudu ditutup pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir".

Di bilik inilah sering berlaku kejadian yang pelik dan aneh.

Ia dinamakan "BILIK TERAKHIR" kerana dahulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya.

Di "BILIK TERAKHIR" inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit & bercakap seorang diri kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu kerana mereka akan menghadapi maut keesokan harinya.

Menurut beberapa orang "warden" yang bekerja di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu di jalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong dari Bilik Terakhir tersebut.

Tidak kurang juga ada di antara warden yang terlihat gelagat seekor kambing hitam yang sering keluar dan masuk pintu bilik itu tanpa dibuka.

Ramai bomoh yang telah dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara halus yang sering kedengaran pada waktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh para pesalah yang tidak tenteram akibat mati di tali gantung.

Dijadikan cerita pada malam Jumaat itu, ketika hujan renyai-renyai turun, seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan Bilik Terakhir" itu.

Ketika sedang berkawal lebih kurang pukul 12 malam beliau terdengar tapak kaki yang berlari-lari kecil di bilik tersebut.

Warden itu telah memberanikan diri untuk melihat sendiri apakah suara dan kejadian misteri itu.

Sedang dia mengamati dalam cahaya suram BILIK TERAKHIR itu maka terlihatlah dia seekor kambing hitam sedang menuju kearah "Bilik Terakhir" itu lalu lesap begitu saja.

Dia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh berada di kawasan itu? Oleh kerana perasaan ingin tahu yang menebal. dia sekali lagi tekad memberanikan diri menghampiri hujung dinding "Bilik Terakhir" itu.

Alangkah terperanjatnya bila dia mendapati pintu bilik itu telah berhubung dengan sebuah gua usang.

Beliau mendapati banyak harta karun di dalamnya. Bila dia cuba mengambilnya, tiba-tiba bergema suatu suara yang amt kuat....

"HEY MANUSIA..JANGAN KAU SENTUH ITU HARTA......"

"ITU HARTA..AHMAD ALBAB YANG PUNYA......."

"AHMAD ALBAB YANG PUNYA"...

dah pergi main jauh-jauh..asyik cerita hantu jer engkau orang..tak der benda lain ker nak baca..

Hahahahahaha....

Adios.

Thursday, July 8, 2010

ADAKAH KITA PENYIMPAN SAMPAH TERHORMAT

Apakah itu sampah terhormat? Frasa yang saya peroleh entah dari mana ini merujuk kepada barang atau benda yang sudah tidak berguna atau tidak relevan. Tetapi oleh kerana ia mempunyai nilai-nilai sentimental, atau kerana kemalasan kita sendiri, kita masih ingin terus menyimpannya. Ia tidak kotor, tetapi tidak juga berguna. Namun, bila kita mengarkibkannya, maka jadilah ia sampah terhormat.

Anda yang mempunyai meja di pejabat, bolehlah melihat di sekeliling anda sekarang. Apakah anda pasti, kertas-kertas yang tersusun di hadapan anda itu benar-benar berupa maklumat yang berguna untuk kerja anda ataupun hanya sampah sarap yang sepatutnya sudah lama dibakulsampahkan?

Lihatlah di kotak simpanan pen, Berapa banyak pen mata pena berdakwat merah, biru atau hitam yang tersimpan? Mengapa sampai menyimpan melebihi tujuh batang pen, sedangkan anda hanya memerlukan sebatang pen hitam, sebatang pen merah dan sebatang pen biru pada satu-satu masa? Berapa pula pen yang tidak berdakwat yang anda simpan? Sepatutnya ia sudahpun anda buang lama dahulu?

Bagi wanita pula, bukalah tas tangan anda. Apakah terdapat berhelai-helai resit keluaran wang ATM yang anda simpan? Mengapa pula terdapat kotak bedak kompak yang sudah kosong di situ? Bila anda hendak membuang plastik asam kecut sedangkan isinya telahpun habis anda telan? Dan, kenapa anda masih menyimpan di situ, puting susu anak yang anda beli di pasaraya minggu sudah?

Sampah terhormat juga terdapat di rumah. Seluklah ke dalam peti sejuk. Pasti terdapat keju yang sudah luput tarikh, kangkung yang sudah lunyai dan ataupun plastik-plastik kecil sos cili yang anda kumpul setiap kali anda memesan ayam goreng segera. Bukalah almari. Akan terdapat banyak sekali baju-baju lusuh yang seharusnya dijadikan kain buruk atau dibuang sahaja. Stokin yang tiada pasangnya, malah di situlah tersimpannya segala bil-bil api, air dan telefon sejak tahun 2000!

Sampah terhormat bukan benda mustahak pun. Ia hanya tampak berguna kerana kita punyai rasa kasih sayang yang tak kena pada tempatnya. Setiap kali kita berkemas, ketika itulah kita akan membelek apa yang selama ini kita simpan. Surat khabar lama, majalah lama, pinggan retak, bekas yang sudah hilang tudungnya atau tudung bekas yang hilang bekasnya adalah benda-benda yang kita masih hendak simpan lagi.

Bila menatap barang-barang ini, perasaan sentimental akan mengalir di dalam sanubari, lalu pisau yang tidak berhulu yang anda ingin buang itu anda simpan kembali ke dalam laci dapur. Kononnya anda lakukan itu kerana berasa pisau itu boleh diguna jika tiada pisau lain. Sedangkan anda sudah mempunyai empat bilah pisau yang baru anda beli. Oh, tidak!

Sikap bertangguh untuk berkemas akan memperbanyakkan sampah terhormat. Ia akan menyesak bilik pejabat, bilik tidur, peti sejuk, malah rumah anda. Bila ia menyesak, ia mula menyemak. Bila ia menyemak, fikiran kita akan jadi senak. Fikiran yang senak akan menurunkan produktiviti kerana mana boleh kita berfikir dengan tenang dalam suasana yang berserabut?

Sebab itulah, pakar-pakar produktiviti daripada Jepun melahirkan konsep 5S sebagai satu cara untuk mengekalkan produktiviti. 5S atau berkemas secara sistematik ini dikenali sebagai seiri, seiton, seiso, seiketsu dan shitsuke atau sisih, susun, suci, seragam dan sentiasa. Melalui sistem ini, suasana di tempat kerja akan kelihatan kemas dan tersusun.

Apabila semua barang ada di tempatnya dan semua tempat ada barangnya, maka kita tahu mencari apa yang dikehendaki dengan mudah. Bila kita hanya menyimpan apa yang perlu sahaja, ruang operasi tidak berselerak. Ini akan meringankan otak dan memberi kita semangat untuk bekerja.

Sampah terhormat dalam bentuk benda amat mudah untuk dikemas dan dinyahkan. Bagaimana pula dengan sampah-sampah terhormat yang tersembunyi, yang tidak memakan ruang fizikal yang besar? Sampah terhormat ini kurang disedari kerana kita tidak perasan akan kehadirannya. Lihatlah nombor-nombor telefon di telefon bimbit anda.

Bila anda mengambil keputusan untuk menyisih nombor-nombor yang anda tidak inginkan, senang-senang lebih daripada 20 nombor yang anda simpan itu sudah tidak berguna lagi. Mungkin nombor itu sudah tamat perkhidmatannya ataupun kita menyimpan nombor orang yang sama tetapi menggunakan dua nama yang berbeza. Ataupun, kita menyimpan mesej-mesej lama yang termasuk juga alamat rumah pengantin dan senarai nama buku anak ketika hendak membeli buku sekolah untuknya pada hujung tahun lalu.

Di dalam komputer juga terdapat sampah terhormat. Di dalam peti e-mel, kita menyimpan e-mel berantai, e-mel daripada kawan lama dan minit mesyuarat lama. Ada juga perisian versi lama yang kita simpan, sedangkan kita sudah ada versi baru. Ini tidak termasuk imej, permainan atau fail-fail yang kita sendiri tidak tahu bila ia ada di dalam komputer kita. Kehadiran sampah terhormat di dalam komputer, melembabkan kelajuannya.

Dan, akhir sekali, satu lagi tempat singgah sampah terhormat ialah di dalam minda kita. Ada banyak sekali sampah di dalam minda yang sepatutnya sudah lama kita buang. Sampai bila kita hendak menyimpan dendam kepada orang yang sudahpun kita maafkan? Mengapa kita menyimpan rasa benci terhadap seseorang artis, ustaz atau ahli politik, sedangkan dia tidak pernah menyusahkan kehidupan kita secara peribadi?

Kalaulah kita punyai perisian anti-virus untuk otak seperti perisian anti-virus komputer, segala sampah terhormat di dalam minda kita akan dapat dibersihkan setiap kali kita bangun pagi. Sama seperti komputer membersihkan virus setiap kali komputer dibuka. Bila minda bersih, sampah terhormat yang besar-besar di sekeliling kita mudah sekali dilupuskan dari pandangan mata dan fikiran.

MELAYU TERHEBAT

SIAPA tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali sebagai 'Daim Yang Diam'

Aku terpanggil untuk menulis entry mengenai Daim bila aku terbaca senarai orang terkaya di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Aku tak tahu apa 'formula' yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan 'ranking' seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Namun seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun dalam tangga ke-100 individu terkaya di Malaysia . Apatah lagi di kalangan mereka yang terkaya di dunia.

Hinggalah suatu hari aku dihantar melakuka n tugasan Tanzania . Ketika itu aku hendak menukar 'travellers cheque' di sebuah bank berhampiran Dar-Es-Salam, ibu negara republik berkenaan.

Aku ingat lagi nama bank itu, International Bank of Commerce (ICB). Untuk pengetahuan korang, aku tiba-tiba tergamam sebentar sebaik saja melangkah masuk ke perkarangan bank tersebut.

Mahu taknya, potret Daim 'sebesar-besar alam' tergantung di dalamnya. Dalam hati aku berkata, apa kejadahnya gambar Daim kat dalam ni? Ke ada manusia lain kat Tanzania ni muka macam Daim?

Tapi bila fikir balik, mustahil pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang 'albino' jadi taukeh bank (sebab Daim ni agak cerah orangnya)

Sebaik saja selesai urusan, aku terus pergi berjumpa salah seorang pegawai bank di situ. Aku berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar yang besar itu.

"For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin. We've got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine branches in Eastern Europe," katanya dalam 'accent' Afrikanya yang pekat itu.

Ambik ko! Sejak hari itu aku tak percaya lagi 'ranking' orang-orang terkaya di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes.

Sejak itu juga, aku percaya masih banyak manusia di luar sana yang sememangnya berlipat kali ganda kaya tetapi terus 'low profile'...seperti mana 'Daim Yang Diam'.

Siapa kata Melayu tak hebat?

(Dua tahun lepas ICB menerima anugerah 'Bank Terbaik 2006' daripada The Banker di London.)

MALAYSIAN DRIVING ATTITUDE

Semasa nak bertolak ke Australia Sabtu lepas,saya dapat call dari sahabat tentang kemalangan ngeri jalanraya di sekitar R&R Dengkel,bukan niat untuk memperkecilkan budaya rakyat Malaysia apatah lagi nak melangitkan sistem Australia,cuma nak berkongsi pengalaman.

Sesuatu yang saya pasti tidak ada perubahan langsung, malah lebih teruk rasanya, sikap pemanduan rakyat Malaysia.

Suasana ini memaksa saya membuat perbandingan dengan cara warga Australia memandu yang cukup berbeza dengan orang kita. Sebagai makluman, kaedah pemanduan di sebelah kanan di Australia adalah seperti di Malaysia. Ini secara tidak langsung memudahkan pemandu Malaysia memandu di sini.

Akan tetapi amat sukar untuk kita temui pemandu yang memandu secara merbahaya. Sikap hormat menghormati antara pemandu amatlah tinggi, malah cukup jarang berjumpa dengan pemandu yang suka memotong “q”.

Jika berlaku sesuatu kemalangan jalanraya, ia merupakan sesuatu yang agak luarbiasa, sehinggakan akan mendapat liputan yang cukup meluas di dada-dada akhbar mahupun tv.

Jalanraya mereka juga cukup selamat, tanpa ada lompang di merata tempat. Pemandu motosikal dimestikan memakai pakaian khas untuk mengelak berlakunya kecederaan serious pada diri mereka.

Keadaan kenderaan mestilah selamat dan hendaklah mendapat kelulusan dari pihak berwajib untuk berada di atas jalan raya. Disebabkan peraturan ketat ini, insuran kenderaan bukanlah sesuatu yang wajib untuk setiap kenderaan berenjin di sini.

Di Australia, hal-ehwal pengangkutan jalan diletakkan di bawah seliaan negeri berbeza dengan Malaysia yang di bawah takluk kuasa kerajaan persekutuan.

Sebagai pemandu di Australia, kita harus berwaspada dengan perbezaan peraturan jalanraya yang diaplikasi di setiap negeri.

Bermula pada penghujung tahun 2009 terdapat beberapa peraturan baru jalan raya (tambahan) yang telah dikuatkuasakan oleh VicRoads (umpama JPJ di Malaysia).

Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan jalan raya, juga penyeragaman dengan peraturan seumpamanya di lain-lain negeri di Australia.

Kerajaan Victoria melalui VicRoads telah meletakkan sasaran pengurangan kadar kemalangan jalan raya sehingga 30% menjelang tahun 2017 melalui kempen Arrive Alive Campaigns 2008-2017.

Untuk pengetahuan semua, had laju di sini pelbagai, walaupun di lebuhraya, sebagai pemandu kita harus berhati-hati dengan had laju yang ditetapkan.

Perangkap had laju di sini berbeza dengan Malaysia. Kalau di Malaysia kita akan nampak penguatkuasa duduk di tengah-tengah jalan bersama dengan alat perangkap had laju, tetapi di sini, penguatkuasa akan memandu kereta biasa yang lengkap dengan peralatan perangkap had laju dan anda tidak akan perasan akan kehadiran mereka.

Ini akan membuatkan anda sentiasa berhati-hati dalam pemanduan, jika anda melebihi had laju yang telah ditetapkan untuk sesuatu kawasan, anda akan diberi saman secara pos, dan perlu menjelaskan saman tersebut dalam tempoh 14 hari.

Pada masa yang sama merit pemanduan anda akan dipotong. Jika 20 mata merit dipotong anda akan terus dilarang untuk memandu sebarang kenderaan di sini.

Kaedah meletak kenderaan juga cukup berbeza di sini. Kenderaan boleh diletakkan di tepi jalan yang dibenarkan di mana terdapat single/double continuous line atau dividing strip di sebelah kanannya.

Syaratnya, jaraknya mestilah lebih 3 meter dari tanda garisan berkenaan. Meletak kenderaan di slip lane dan painted islands adalah dilarang sama sekali.

Perlu diingat, setiap kenderaan yang diletak di tepi jalan mestilah menghadap sama arah dengan kenderaan yang melaluinya. Jika tidak anda akan di saman atas kesalahan memandu di arah yang bertentangan.

Ini adalah peraturan sedia ada yang berlainan dengan kaedah meletak kenderaan di tepi jalan di Malaysia.

Sementara itu, setiap pemandu bertanggungjawab untuk memastikan setiap penumpang memakai tali pinggang termasuk kanak-kanak di kerusi khasnya. Lebihan penumpang dari bilangan tali pinggang yang tersedia adalah satu kesalahan berat.

Kanak-kanak yang berumur 4 – 7 tahun (berat maksimum 26 kg) mesti menggunakan booster seat atau child restraint yang dilengkapi safety harness.

Manakala Kanak-kanak yang berusia 6 bulan – 4 tahun (berat maksimum 18 kg) mesti menggunakan child restraint atau rear-facing capsule.

Kanak-kanak bawah 6 bulan (berat maksimum 9 kg – 12 kg) diwajibkan menggunakan rear-facing capsule.

Kanak-kanak di atas dilarang duduk di kerusi hadapan bersebelahan pemandu kecuali kesemua kerusi di tempat duduk belakang dipenuhi kanak-kanak sebaya. Itupun hanya kanak-kanak antara umur 4 – 7 tahun sahaja dibenarkan.

Peraturan direka untuk keselesaan semua pihak, namun tidak ada gunanya peraturan tersebut jika pengkuatkuasaan lemah dan terlampau menggunakan budi bicara.

Teringat akan slogan polis trafik di sana “You will be caught before you hurt somebody.”

Malaysia Boleh!

MECCA IS INTERNATIONAL STANDARD REFERENCE TIME

Sejumlah pakar Islam di bidang geologi dan ilmu syariah mulai berkempen tentang persamaan waktu dunia dengan merujuk waktu Makkah Mukarramah. Hal itu dimaksudkan untuk mengganti persamaan waktu Greenwich yang selama ini digunakan banyak penduduk dunia kerana menurut sejumlah kajian ilmiah, Makkah-lah yang menjadi pusat bumi.

Persoalan ini mendapat perhatian dalam Seminar Ilmiah bertajuk “Makkah Sebagai Pusat Bumi, antara Teori dan Praktik”. Program Qatar, Dhoha pada Sabtu (19/4), menyimpulkan tentang acuan waktu Islam berdasarkan kajian ilmiah yakni Makkah, dan menyeru umat Islam agar mengganti acuan waktu dunia yang selama ini merujuk kepada Greenwich. Makkah Mukarramah dinyatakan sebagai kiblat umat Islam di seluruh dunia, dan di sekeliling Ka’bah yang ada di Makkah berkeliling kaum muslimin yang melakukan Thawaf dari kiri ke kanan, kebalikan dari acuan waktu Greenwich dari kanan ke kiri.

Dalam seminar yang juga dihadiri oleh Syeikh DR. Yusuf Al-Qaradhawi dan juga sejumlah pakar geologi Mesir seperti DR. Zaglul Najjar yang juga profesor ilmu bumi di Wales University di UK serta Ir Yaseen Shaok, seorang saintis yang mempelopori jam Makkah.

DR. Qaradhawi dalam kesempatan itu menyampaikan dukungannya agar umat Islam dan juga dunia menggunakan acuan waktu ke Makkah sebagai acuan waktu yang sejati, kerena Makkah adalah pusat bumi. Dalam pembukaan syarahannya ini, beliau menjelaskan juga mengapa Makkah dipilih sebagai pusat bagi bumi dan kenapa Allah swt menjadikan Baitul Haram sebagai kiblat bagi umat Islam.

Qaradhawi yang juga ketua Persatuan Ulama Islam Antarabangsa itu mengatakan, “Kami menyambut kajian ilmiah dengan hasil yang menegaskan kemuliaan kiblat umat Islam. Meneguhkan lagi teori bahawa Makkah merupakan pusat bumi adalah sama dengan penegasan jati diri keIslaman dan menopang kemuliaan umat Islam atas agama, umat dan peradabannya.”

Qaradhawi juga menyampaikan bahwa tidak ada pertentangan dalam Islam antara ilmu dan agama sebagaimana yang terjadi di agama dan peradaban lain.

Berhubung masalah Makkah sebagai pusat bumi, DR. Zaglul Najjar mengatakan bahawa hal itu memang benar berdasarkan penelitian saintifik yang dilakukan oleh DR. Husain Kamaluddin bahawa ternyata Makkah Mukarramah memang menjadi titik pusat bumi. Hasil penelitian yang dipublikasikan oleh The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center yang berpusat di Cairo itu, melukiskan peta dunia baru, yang dapat menunjukkan arah Makkah dari kota-kota lain di dunia. Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah yang disebut "spherical triangle" Prof. Husein menyimpulkan kedudukan Makkah betul-betul berada di tengah-tengah daratan bumi. Sekaligus membuktikan bahwa bumi ini berkembang dari Makkah.

GAP ANALYSIS: MUSLIMS & NON-MUSLIMS

Money makes the world go round regardless of ideology or religion. People will seek out opportunities and do business with anyone if there is money to be made. That's a simple fact of life.

The ethos of the WIEF which is building bridges through business encapsulates this fact. We want the global community, both Muslim and non-Muslim, to come together through business.

In the beginning we liked to consider ourselves to be the "the economic face of the OIC."

This was somewhat restricted to business people in the Muslim countries.

We've come a long way since then because the forum today attracts people from all over the world under one umbrella, irrespective of religious origin.

The world is not compartmentalised and no one can act on their own and global business means interconnectivity in the true sense of the word.

There is nothing stopping the non Muslim world from doing business with the Muslim world.

No doubt there is a lot of historical baggage and preconceived notions but these barriers are being replaced by bridges. A market of 1.5 billion people, 65 per cent of whom are below the age of 30 cannot be ignored.

The solutions of yesterday do not always solve the problems of today or tomorrow and people are searching for alternatives.

Take for instance Islamic banking and finance. Initially even the general financial community was wondering what it was all about. Then the recent global financial crisis happened and now bankers are now embracing it in droves.

Everybody wants to be the centre of Islamic finance. London wants to be the centre, Tokyo wants to be the centre, Singapore wants to be the centre, Hong Kong wants to be centre.

I joke about this but it seems that even the most unIslamic people want to involve themselves in Islamic banking.

I can only imagine that the whole world is literally looking for a system that would be better, if not the best, that could cope with problems related to the experiences that the world had gained from the misdeeds.

And they realise that Islamic banking which embodies the universal principles of ethical finance and socially responsible investment has inbuilt mechanisms to protects itself from extreme shocks.

The Islamic financial services industry with the participation from conventional players is now competing to service the global community. No one had to push Islamic banking and finance down anyone's throat.

It took a long time for people to find out about it but eventually they did!

Apart from Islamic finance's role in contributing to global financial stability it also has the potential to support overall global economic growth. Islamic finance involving financial flows between the Muslim and non-Muslim world has revived and revitalised economic ties that generate mutually reinforcing growth prospects.

Similarly bridges are being built between Muslim and non-Muslim countries in food security. Much of the Middle East is dessert and cannot grow food. So, many of the countries there have invested in countries with vast amount of land and the agriculture industry like Australia.

This partnership has guaranteed food security for many communities in that part of the world.

We see this as a compliment and as an example of partnerships that happen because of business regardless of religious differences.

Such partnerships have spurred the growth of the halal food industry. There are 18 halal certifying bodies in Australia alone! Halal meat is becoming commonplace in most big cities there.

Because of the strict controls on animal husbandry practices and the quality of quality of food production, halal food has gained acceptance not only among Muslims but non-Muslims as well.

What happened with mad cow disease for example was a horrible thing. This would never have happened in the halal food industry. We do not get involved in genetically modified animals or cloning which is already being opposed by many interest groups.

In time to come we foresee more non-Muslims choosing halal food and more non Muslims entering the halal food business because of its conservative approach in producing the food that we consume.

Response to the World Islamic Economic Forum (WIEF) has been overwhelming. Over the years we have seen the numbers grow from 600 for the 1st WIEF to 1700 in Jakarta last year.

We are expecting 2000 in Kuala Lumpur this year. We say this because this year we saw a growing interest in the forum from a wider circle.

British companies reacted positively to the WIEF hosted gathering in London in early January with the theme 'Europe's Gateway to Business in the Muslim World'.

In that same month road shows in the Middle East and Africa attracted business people from Abu Dhabi, Manama, Doha, Nairobi, Johannesburg and Cape Town who were keen on exploring the WIEF as a gateway to business opportunities in the emerging markets of the Muslim World.

At the 6th WIEF, a stellar list of leaders and speakers will be touching on solutions to providing clean water, managing climate change and educating the masses. These are issues that affect the whole world.

So you see there is this realisation to look beyond the Muslim or non- Muslim label. The WIEF is not going to push any agenda down anyone's throat.

We are simply letting the world know about the opportunities that can be found within the Muslim world, exchanging knowledge on solutions to problems affecting the world and providing the business community with alternatives to saturated and mature markets.

KENAPA ORANG MELAYU MAKAN DENGAN TANGAN?

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

PONTIANAK TUMPANG KERETA

Menghabiskan cuti hujung minggu di Bukit Fraser, Raub, Pahang sudah jadi amalan Ghazli dan Fazlin (bukan nama sebenar) serta tiga anak mereka sejak setahun lalu.

Kerjaya Ghazli sebagai pemuzik dan isterinya sesuai dengan suasana semula jadi yang ditawarkan kawasan pelancongan berbukit di Banjaran Titiwangsa ini.

Selain suasana alam semula jadi yang masih tidak dicemari pemodenan yang rencam, Fazlin cukup mengagumi suasana perkampungan seolah-olah di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Banyak kali juga suami isteri ini mendengar cerita seram, pelik dan misteri yang dialami pelancong yang bertandang, maklumlah kebanyakan banglo serta hotel yang ada sedia wujud seawal era kolonial lagi, namun itu semua bukan menjadi penghalang.

Bukit Fraser menyimpan pelbagai sejarah perjuangan orang Melayu sewaktu menentang penjajah Inggeris sejak 1917 hingga kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Antara kisah misteri yang pernah menyelubungi Bukit Fraser, termasuk pencarian seorang paderi Kristian dari Singapura pada 1917, Bishop C.J. Ferguson yang berjaya menemui ‘Bukit Fraser’ selepas berhari-hari mencari rakannya, seorang pelombong bijih timah, Louis James Freser yang dilaporkan hilang di dalam hutan itu.

Kerajaan Inggeris percaya Freser mati dimakan binatang buas atau dibunuh Orang Asli dan tubuhnya menjadi makanan mereka. Begitupun versi yang boleh diyakini menyatakan Freser dibunuh pejuang Melayu yang menentang Inggeris.

Memang sudah tertulis, setiap apa yang berlaku ada sebab tersendiri. Terpulang kepada manusia dan insan di bumi Allah SWT untuk mengambil iktibar.

Kali ini Ghazli dan Fazlin silap perkiraan dan lewat memulakan perjalanan iaitu hampir Maghrib. Biasanya mereka akan mengelak mendaki Bukit Fraser dalam suasana gelap kerana jalan yang sempit dan sukar ketika berselisih kereta, banyak selekoh berbahaya dan curam. Jika sesuatu berlaku sukar juga hendak mendapatkan bantuan.

Nekad meneruskan perjalanan, kira-kira setengah jam memandu, sebaik melepasi kawasan tadahan Empangan Kuala Kubu Bharu, mereka berasa seperti sesuatu yang tidak kena dengan kereta yang dipandu.Anak kedua mereka, Nayli, 6, sejak tadi resah dan takut. Fazlin memujuk sambil menyuruhnya cuba tidur seperti abang dan adiknya.

Fazlin sendiri tambah gusar kerana baru hari pertama datang bulan, suami pula senyap dan langsung tidak bercerita, malah cukup serius memandu. Sebelum ini, tidak pernah pula dia begitu. Enjin kereta terdengar mengeram kuat tetapi kelajuan hanya 60 kilometer sejam (km/j). Berpeluh Ghazli menekan pedal minyak tetapi kelajuan tetap sama. Pelik, kereta baru dihantar servis. Bukit Fraser pun belum dipanjat lagi.

Bulu romanya tegak berdiri, dalam hati kalimah dan ayat suci serta Ayatul Kursi menemani mereka sepanjang perjalanan.

Jangka waktu 20 minit sebelum sampai ke Gap dirasakan terlalu lama. Perasaan sesal dan bimbang bercampur baur. Apa pula musibah yang bakal menimpa mereka sekeluarga.

Sebaik melepasi selekoh lokasi tragedi Sir Henry Gurney dibunuh, kenderaan tiba-tiba meluncur laju. Tiada lagi bunyi enjin mengeram, ringan dan lancar. Ghazli dan Fazlin masih membisu sehinggalah mereka tiba di menara jam di tengah pekan Bukit Fraser.

“Nampak tak apa yang saya nampak?” kata Ghazli dengan wajah serius. Fazlin dengan wajah pucat dan suspen sekadar menggelengkan kepala.

“Benda tu terbang dan melintas betul-betul depan kereta kita dan terus lenyap ke dalam hutan dekat selekoh tadi...” kata Ghazli lagi sambil meraut muka dengan tangan. Rupa-rupanya kereta mereka ditumpang makhluk yang dikenali sebagai pontianak.

“Patutlah abang diam semacam saja, rupanya makhluk itu cuba mengusik kita sekeluarga. Barulah saya faham kenapa orang tua kita tidak galakkan keluar rumah waktu Maghrib, inilah mungkin sebabnya.” Selepas kejadian itu, Ghazli dan Fazlin serik dan akan memastikan mereka akan naik ke Bukit Fraser hanya pada waktu siang.

Ada dengar cerita sepanjang jalan dari LBJ Labu ke Semenyih pun banyak cerita menarik.Itupun Ujang yang cerita....hee..hee

Tuesday, June 22, 2010

MALAIKATMU....

Malaikatmu.....

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok
Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup
disana; saya begitu kecil dan
lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan
menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya
lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi
saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu
akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya

jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara
kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan
dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara
berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan
melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut
mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan
sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi
dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus
pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa.. kasih sayang dan pengorbanan seorang IBU. Berbakti,
berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satu-satunya harta
yang tiada galang gantinya dunia dan akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan
karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah
telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikan! lah walau satu ayat"

Saturday, March 27, 2010

BAHAYA BOTOL AIR DALAM KERETA

Bahaya Botol Air Dalam Kereta
Assalamualikum para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah
berbahaya!

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,terutama di Australia.

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta.

Doktor berkata bahwa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita anda.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.

Thursday, January 21, 2010

WE ARE CONTRIBUTOR NOT A PASSENGER

In the journey of life, everyone is faced with various hardships. These hardships are like onerous borders lay upon one’s shoulder. Therefore, to lead a better and carefree life, the following suggestions should be taken into consideration.

Life moves in circle. Moods of depression will be followed by periods of confidence and optimism like night follows day.

Accept the responsibilities that are imposed upon you. Do not shirk them. Do not drift through life without purpose. Be worthy of your manhood or womanhood and do not get buffeted about.

Live for the day and fill it with worthy deeds. Fill it with positive and constructive efforts. Be forgetful of the past and confident about the future.

Do not drag the past behind you. Be imaginative to a certain extent, but avoid wishful thinking. Do not fuss and be regretful of the wrong which you have done. Learn from your mistakes. Preparation does not live in regret. Live triumphantly to the full. Life is to live.

Throughout a man’s life, happiness is mingled with anger. However, always avoid anger and fear. Anger is never justified. It is only a shadow of ignorance. Do not be proud because you can become angry. It will poison your body. Fear is the worst of all vices. Very few of yours fear are realized.

Insincerity is irritating and painful. Do you feel it? Therefore, always be sincere and honest. No man can achieve greatness without it, yet the most humble may be honored if he possessed it. It is better to be an honest rebel than to pretend loyalty to any person or cause.

Do not take it for granted that good health is a blessing. Do your almost to preserve it by wise living. A weak body will never be able to accomplish a satisfactory task. Do not abuse yourself by adopting foolish habits such as sabotage other person achievement; smoking opium, drinking and faulty thinking.

Substitute hatred and jealousy with love and sympathetic understanding. It is easy to hate and envy others. So, why not try the alternative though difficult-love and understanding. No ingenious man wants a soft life. If you show love and understanding, you will not be surprised to find yourself loved in turn by everyone.

Nobody in this world is perfect; but one should have the courage to live near perfection. Thus, always aim for perfection in your life. Please keep telling yourself; I’m here in the organization, I’m here in this country, I’m here in this community: to be a contributor not a passenger!

If you pursue this, your happiest day will come and the meaning of life will be understood.

Regards.
MKR

Saturday, January 16, 2010

GREAT OFFER FROM KAWASA BERHAD

KOWASA BERHAD (www.kowasa.org) menawarkan tiket penerbangan pergi balik yang murah menggunakan khidmat FireFly (PERGI & BALIK) dari Subang ke seluruh destinasi.

Harga:

1) Seluruh Malaysia: RM100.00 seorang (Pergi & Balik)

2) Seluruh Penerbangan Serantau (Indonesia, Thailand dsb): RM150.00 seorang (Pergi dan Balik)


Tawaran ini sah hingga setahun.


CARA PEMBELIAN:

1) SMS Nama penuh pembeli ke Nombor: 019-6107117 (MKR)

2) Selepas membayar anda akan diberi Serial No.

3) Booking flight di semua travel agent yg dilantik.


KINI JIMAT BERBELANJA UNTUK CUTI ANDA.


HAVE A PLEASANT FLIGHT!

Wednesday, January 6, 2010

DEVELOPMENT PRICE - THINK TWICE

Television (TV) and internet are far more than a form of entertainment and is often the cause of many arguments between parents and their children. They disagree not only about how much TV and internet services are acceptable but also about the kinds of programs and contents which are suitable for young people.

We all know how deep TV and internet addicted among our young generation nowadays. Neighbors are not caring each other due to lots of times were scheduled for watching TV and browse of websites. Well, how easy it is collapse in front of the TV and laptop after a hard day at school or campus; but this is often at the expense of more worthwhile activities.

TV and internet are very tempting when the alternative is a huge pile of homework assignments or helping out with household chores. It may also stop us from joining in healthy, outdoor activities, such as swimming or sports. Instead of running around in the fresh air and mixing with other young people from different races, religious and roots. In conjunction with our Prime Minister Administration vision and mission: 1 Malaysia concept; I am desirous to highlight; it was a big challenges nowadays.

The TV and internet addict sits slumped in an armchair, probably doing great damage to their eyesight. There are only so many hours in a day and the more time we spend watching TV and internet browsing the less time we have for our family gathering or study!

There is much concern these days about the kind of programs or contents that are appeared on TV or websites. Sex and violence are brought into our accommodation. The effect on young people, who have yet to experience the world, can be damaging. They may also be exposed to language and brutally ideas which are unsuitable for their tender years and growth.

However, TV and Internet have a great deal to offer the young. For many people it is the only chance they have of seeing what life is like in other parts of the world. In learning geography, history, science and general knowledge such as current barbarian mind set and 3rd class mentality opposition parties; all under our finger tips. Open our TV set or browses the internet.

TV and Internet are also fun, and there is no reason why that should be a bad thing. On its screen we can see and find out our favorite music likes Metallica, Yngwie Mulmsteen, Raihan and others; also Anthony Robbins motivation speech that we probably never have the chance to see in real life. At the end of the day it is very relaxing to be entertained and motivated by many different types of program and scope.

There was nothing wrong with TV and internet, but, like many things, it must be used with care. Too much TV and internet is bad for everybody, not just children, youth, student, etc. We must be careful not to have too much of what is really a very good thing. In other words; over limit! Many of young people nowadays have difficulties in resisting such temptation, so it is up to their parents to regulate TV and Internet usage at their house.

Never blame a day in your life. Good days give you happiness. Bad days give you experience. Both are essential in life. Have a pleasant New Year 2010.

Yours faithfully;

MKR.

Wednesday, December 30, 2009

NO SMOKING, PLEASE....

STOP SMOKING.

When Sir Walter Raleigh first took the tobacco plant back to United Kingdom from his Jew’s connection at North America, he cannot possibly have realized how much trouble it would cause more than hundred years later.

It has now been established that many hundreds of thousands of people die every year from smoking related diseases and many countries are now looking for ways limit this dreadful death toll.

In Malaysia it is now against the law to smoke in many places, particularly where food is being served. However, you only have to venture outside many restaurants to see people lighting up in relief. The fact that their habit is limited by law may even make it more attractive to some people for there is always the lure of forbidden fruit to temp them.

This is a particular problem with experiment with the things their parents forbade them to do. A recent law prevents the sale cigarettes to those under the age of eighteen, but the determined will always find a way around such a rule.

I’m quite happy when YB Datuk Seri Liow Tiong Lai (MOH’s Minister) announced that a minimum price for 20’s Cigarettes now is RM6.40. But for me, it still cheap!

Most flights in this region, and in many other parts of the globe, now ban smoking completely, which must be a great relief to those poor non-smokers trapped for several hours in the confined space of an aircraft. Once again, once the aero plane has landed and you will see the smokers anxiously looking for their cigarettes before they even reach the Arrival Hall.

There is no doubt that the new wave of laws to limit smoking have done much to provide the non-smoker with a pleasanter and healthier environment in which to work and play. The smoker who is trying to give up has also been helped by these laws and many appreciate the times when their temptation is controlled by powers stronger than their own. There are still, however, large numbers of people who continue to endanger their lives, and the lives of others. What is worse is that every year many young people begin to smoke and soon become addicted to something that will probably kill them.

Any government that decides to ban smoking completely from their country would be taking a brave step. By forcibly improving the safety and health of their citizens they would be reducing the cost to the country’s safety and health services and improving the productivity of their industries. They would also, however, have a face a downturn in their popularity among opposition party leaders especially in Malaysia nowadays. Politics is everywhere!

I hope our Prime Minister YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak and his administration Ministers to work hard with their Continual Improvement Plan. Increasing number of non-smokers among our citizen is apart of good KPI & KRA. I am confident in Najib Administration concept: 1 Malaysia - People First and Achievement is Priority.

I do believe Najib will put ‘non-smoking’ people first, and take the consequences.

Faithfully Yours,

MKR.

Monday, December 21, 2009

PETIKAN MINGGUAN MALAYSIA - RUANGAN WANITA 13 DISEMBER 2009

Maafkan Natrah, Ina dan Aida


Pada 14 tahun yang lalu, saya dalah penuntut IPTA di selatan tanah air. Saya lahir dari keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuk berulang alik dari rumah sewa keke fakulti. Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna. Tetapi sebenarnya saya adalah pelajar yang lemah. Saya mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang saya ada. Hanya untuk mempunyai ramai kawan. Saya ada tujuh orang kawan di rumah sewa. Tetapi Ina dan Aidaselalu menjauhkan diri dari saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan. Lagak Ina dan Aida seperti pelajar biasa pergi ke kuliah tetapi mereka pulang rumah pukul 10 malam. Apabila ditanya mereka akan menjawab ke rumah kawan membuat tugasan kuliah. Akhirnya saya bersama kawan rumah sewa yang lain mengintip mereka berdua. Rupa-rupanya mereka membuat kerja sampingan di kedai dobi. Saya sebagai ketua dan kawan-kawan lain bersubahat mengenakan mereka berdua. Saya telah merakam pergerakan mereka. Kemudian saya dan kawan-kawan sebarkan cerita pada kawan-kawan lain di fakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa bekerja di kedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Kedua mereka sangat malu dengan kenyataan yang lengkap dengan bukti gambar. Kesannya kawan-kawan yang lain memulaukan mereka kerana taku di ejek pekerja dobi. Selepas tamat pengajian dengan pengaruh dan dan kuasa yang ada pada ayah dan ibu, akhirnya saya mendapat kerja dan berkahwin dengan jutawan. Tetapi badai melanda kehidupan. Saya dikurniakan empat orang anak tetapi mereka cacat tangan dan bisu. Anak-anak selalu mengadu kawan-kawan di sekolah selalu mengejek mereka. Saya sangat sedih. Keluarga saya, suami, mertua serta kawan-kawan mula menjauh diri. Saya sangat tertekan. Saya mengambil keputusan untuk menunaikan umrah. Anak saya tinggalkan kepada pengasuh. Di sana Allah telah tunjukkan pada saya satu ketentuan. Datang seorang lelaki peniaga tamar menyapa saya supaya berkongsi masalah dengan nya. Saya akur dengan permintaannya. Setelah menjelaskan masalah saya, peniaga terbabit bertanya kepada saya," Adakah suatu ketika dulu anak telah menggunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang lain. " Jika benar pak cik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan anak dahulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak-anak yang cacat. " Tetapi anak masih ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa sahaja yang anak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan anak melakukan kesilapan atau tidak. Anak tidak sepatutnya bercerita keaiban orang pada masyarakat atau orang lain. Selagi masyarakat atau kawan-kawan anak tidak memaafkan,selagi itulah Allah tidak menerima amalan anak," katanya.
Ya Allah, inikah balasan Mu terhadapku atas perbuatan menjatuhkan maruah Aida dan Ina dulu. Setelah kembali ke Malaysia saya mencari Aida dan Ina tetapi tidak ketemu. Maka diruang ini, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Aida dan Ina, pelajar UiTM 1995, atas perbuatan saya menjatuhkan maruah anda berdua dahulu. Tolonglah maaf kesilapan saya agar saya dan anak-anak dapat meneruskan kehidupan tanpa ejekan atau pemulauan daripada orang di keliling. MAAFKAN NATRAH (NED).

NATRAH BT. NAJMAN
Menara Jati, Kuala Lumpur

Friday, December 11, 2009

SOMETHING TO SHARE


LEARNING ENGLISH IS APART OF ACTUAL DEVELOPMENT NATION!

Time slips by slowly without notifying you and all of a sudden you find yourself an adult. Yet when you expect time to fly, it obstinately takes so long to pass. That was what I experienced on looking back at my childhood.
On tracing my earliest memories I can only remember some fonder ones of experiences which would never happen again. But then these marvelous experiences, I am glad to say, cross your path only once, seldom twice, in your lifetime, even if you wanted them to be repeated.
I remember the day my elder sister said to me that the time had come for me to be put into English Tuition Centre to learn what she called the “fundamental rudiments of my education.” I did not really understand what that meant, not until I was shoved into the cold dinghy classroom to land on a rickety old bench, face to face with the equally cold, bearded face of the class Master, who I was later to discover to my horror, had a most unearthly thirst for the prompt application of the ‘rod’ to the soft plump back of those miserable pupils who were caught looking out of the windows for assuring signs of their badly needed mothers. At the desperate moment, I too badly missed my mother but I was smart enough not to show it, and sat up straight, enduring the painful sensation which bugs under the chair seemed to have pleasure in providing, and at the same time, cursing away, silently though at the slowness the minute hand of the Headmaster clock took covering a minute. My actual route caused was cannot understand all instruction in my hand that quoted in English.
My English is too bad. I have zero basics to speak, read and write in English previously. I’m just study at normal ‘Bahasa Malaysia’ school from age six until seventeenth. I had profound sorrow sadness to be apart in English Tuition Centre. I need to speak, read and write in English at almost a few hours a day!
That was about more than twenty years ago. Memories are like dreams. They seem so far and yet so near.
 When I’m stayed in Los Angeles City to prepare my official commencement meeting with our client, I realized that English is very important nowadays, to expedite developing our nation in a consistent professional manner such as learning curve process on Science and Technology.
No doubt, English is International Language. Deal a business, e-economy, e-learning, across a country border, mixing all religious and nation around the globe, we mostly required to communicate in English.
Until today, I can create a Bahasa Malaysia poem efficiently event I’m using English in my communication. Frankly speaking, of late I have been in some business deal with a few client from overseas. In the recent recession and crash of the market in Dubai, I have lots of business meeting to be conducted. Learning English is not just for a study requirement matters. English implementation in actual industry and business communication nowadays is compulsory and for our country faster development towards year 2020 vision.
English learning is for our nation life betterment. Under 1 Malaysia concept, we can highly appreciate by other nation in the world because of our people living standard through education continual improvement scheme. So many expatriate from other countries are choosing Malaysia as their second home to be stayed.
Living in smooth harmony and secure political stability country likes Malaysia, is a gifted for them. People with 80% well English educated is apart of our country growth.

MKR

Saturday, October 31, 2009

KEPADA PENGGEMAR KANGKUNG

Dear All,
Attached is an article forwarded by a psychiatrist from
Klang Hospital.
I am sorry I do not have a copy of it in English. It actually narrates how a young boy died after eating the kangkung vegetable. He had gastro-enteritis (diarrhoea/vomiting) and was admitted in hospital. Post mortem revealed that there were leeches in his intestines which has multiplied many times. The leech found its way through the stem of the
kangkong vegetable. The stem is hollow and is normally cooked together with the leaves.
One of the precautions we can take is to slice the stems into two and wash it well before cooking.
Regards
Vasu

ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG?

Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda.

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang
menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.

Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan,
kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.
Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya.
Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.

Best Regards,

Dr. Nor ni Abdullah,
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
42500 Klang,
Selangor.
Tel : +60333756279
Fax : +60333729089

Tuesday, October 27, 2009

ISTERI YANG CEMBURU.....

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di site.

Selepes si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".

Monday, October 19, 2009

MOTIVATION FOR ALL

Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"

"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"

"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"

"Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat"

"Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya"

"Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan"

"Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan kita pada usia"

"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai"

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"

"Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"

"Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"

"Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada Ilahi"

"Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina"

"Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"

"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah"

"Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"

"Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang"

"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

"Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu"

"Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan"

"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"

"Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi"

"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"

"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"

"Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah"

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur"

"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"

"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat"

"Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"

"Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan"

THE REAL STORY OF TANJUNG KUPANG 1977

Daging berkecai di 'paya hangus'

Tapak pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang,
Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar
tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.

ANTARA faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang
disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor
Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti
pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di
Gelang Patah, Johor.

"Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya
pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu
turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu
tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.

" Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, 'bang, saya nak cari
tangan saya yang putus'. Gugur jantung saya," cerita seorang pemandu
teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengka n kepala sambil berdoa
dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.

(Embedded image moved to file: pic10160.jpg)
http://i61.photobuc ket.com/albums/ h71/a_pitx/ ntah/ru_012. jpg

Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram
tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau,
ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang
pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.

Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam
sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai
93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di
sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.

Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau
Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas
kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.

Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada
yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula
penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.

"Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia
terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan
berdebar-debar, " ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh,
yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.

(Embedded image moved to file: pic10883.jpg)
http://i61.photobuc ket.com/albums/ h71/a_pitx/ ntah/ru_013. jpg
NAHAS MH653 mendapat perhatian ramai termasuk Tengku Mahkota Johor,
Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Hussein Onn (kini Tun), Menteri
Perhubungan, Mendiang Tan Sri Manickavasagam dan Timbalan Mufti Johor,
Datuk Ahmad Awang.

Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu.
Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat
'raksasa' apakah yang jatuh ke kampungnya itu.

Kutip duit berguni

Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung
sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal
terbang.

"Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung
sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.

"Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya," katanya yang
tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan
tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar
Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.

"Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun
dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun
'menyelit-nyelit' lah.

"Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin
memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada
sebatang jari yang sudah putus!" kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47,
tentang tabiat rakus orang kampung.

"Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila
difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan
? Mesti barang-barang itu milik mereka," katanya.

(Embedded image moved to file: pic23365.jpg)
http://i61.photobuc ket.com/albums/ h71/a_pitx/ ntah/ru_014. jpg

Selain mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan Duta Cuba ke
Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653 itu turut
meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah
Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian
Tentera, Datuk Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan
Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.

Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut
terkorban bersama-sama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiada seorang
pun yang terselamat dalam pesawat yang dipandu juruterbang Kapten G.K.
Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu.

Seorang lagi penduduk kampung yang teruja menceritakan kisah itu ialah
Siti Rahmah Ismail, 39. Walaupun ketika kejadian dia baru berusia tujuh
tahun, Siti Rahmah masih mengingati banyak perkara.

"Budak-budak disuruh tidak keluar dari rumah. Maklumlah, ibu bapa kami
takut perkara buruk terjadi kepada kami. Keadaan semakin kecoh apabila
pihak berkuasa dan keselamatan yang terdiri daripada anggota polis,
tentera, bomba dan ambulans tiba tidak lama kemudian. Kerja-kerja
menyelamat berlarutan ke lewat malam," imbasnya.

(Embedded image moved to file: pic01404.jpg)
http://i61.photobuc ket.com/albums/ h71/a_pitx/ ntah/ru_015. jpg
MEMORIAL memperingati tragedi pesawat Boeing 737 MH653 masih dikunjungi
ahli keluarga mangsa di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.


Keesokannya, udara kampung menjadi tidak nyaman. Ramai yang terkejut
apabila terjumpa atau ternampak dari jauh kecaian daging dan tulang
manusia yang bersepah dan membusuk. Lebih meloyakan adalah apabila isi
perut yang terburai dilihat tersangkut pada ranting dan dahan pokok bakau.


"Ramai yang tidak boleh tidur malam kerana dibayangi pemandangan itu.
Apatah lagi mereka diganggu mimpi ngeri, terutama mereka yang telah
mencuri simpan barang peribadi milik mangsa nahas," kata Ahmad.

"Siapa yang mengambil milik orang pada malam kejadian, terimalah
habuannya. Mereka tidak tenang. Sampai ada yang sakit seperti terkena badi
hingga terpaksa dibawa berubat," tambah Zaiton pula.

Suara jeritan

Ahmad mengakui, selama beberapa tahun, Kampung Tanjung Kupang terutama di
kawasan tragedi itu seperti berhantu. Semua orang takut untuk melaluinya.

"Kalau menaiki motosikal di daratan atau menaiki bot di sebelah paya bakau
itu, pasti akan terdengar suara-suara kelam seperti orang menjerit,
meratap dan memekik meminta tolong.

"Penghuni rumah yang paling dekat dengan tempat kemalangan juga telah lama
berpindah sejak tragedi itu berlaku," kata Ahmad mengenai sebuah rumah
tinggal yang terletak kira-kira 100 meter dari rebakan api bangkai MH653.

Kru Jurnal yang mengunjungi Tanjung Kupang kelmarin nekad 'menceroboh'
masuk tapak tragedi walaupun mengetahui laluan masuknya sudah dipagar
kerana telah menjadi milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Sewaktu
memperlahankan kereta di sebatang jalan yang sempit, tidak pula terasa
apa-apa yang meremangkan bulu roma.

(Embedded image moved to file: pic22741.jpg)
http://i61.photobuc ket.com/albums/ h71/a_pitx/ ntah/ru_016. jpg
SELAIN tapak tragedi, balai polis lama di Tanjung Kupang ini juga sudah
menjadi sejarah lantaran tidak lagi berfungsi.

Semakin kereta kami ditelan belukar yang kian meliar, bau busuk tiba-tiba
menusuk hidung. Namun, bau itu bukan daripada bau reputan daging manusia
seperti yang diceritakan sebelumnya. Saat tiba di penghujung jalan, kami
menemui sebuah kandang lembu yang diusahakan oleh seorang penduduk
kampung, Mohamad Nor Kamaludin, 34.(Embedded image moved to file:
pic04734.jpg) http://i61.photobuc ket.com/albums/ h71/a_pitx/ ntah/ru_017. jpg

"Daripada kawasan ini terbiar, biarlah saya memanfaatkannya. Lagipun
kandang ini hanya sementara," kata Mohamad yang seakan-akan tahu tujuan
kedatangan kami.

"Memang di sinilah tempat kapal terbang itu jatuh. Kisah tragedi itu sudah
lama berlalu, tak ada apa pun yang menakutkan di sini. Silakanlah ambil
gambar. Orang kata, masih ada tayar kapal terbang di hujung tanah sana .
Kalau ada pun, pasti dah tenggelam ke dalam lumpur," ujarnya.

Menurut sumber daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas, tempat tragedi pesawat
MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik
kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan PTP secara konsesi. Ia
sekadar dirizab sebagai zon bebas aktiviti manusia.

Paya hangus yang telah mengorbankan 100 jiwa itu kini hanyalah hamparan
muka bumi yang mirip hutan sekunder. Wartawan Jurnalsekadar menemui sebuah
terusan air dan benteng tanah laterit yang ditinggikan bagi memisahkan
kawasan belukar darat dengan kawasan bakau yang semakin teranjak melebihi
garis air laut.

Di situlah 32 tahun lalu berlaku sebuah tragedi yang telah menggemparkan
negara.